top of page

Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku didirikan di sebuah kampung yang letaknya kira – kira 78km dari Bandar Lahad Datu, iaitu di  kampung Kuala Teburi. Sekolah ini diilhamkan oleh seorang pemimpin kampung yang terkenal pada masa itu, iaitu Panglima Gudang bin Simon. Pada mulanya kebanyakan penduduk kampung mempunyai tahap pendidikan yang sangat rendah, sehingga bilangan  golongan buta huruf di kampung Kuala Teburi, sangat tinggi. Keadaan ditambah lagi oleh kemudahan asas yang sangat daif pada masa itu. Menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada generasi masa hadapan, akhirnya pada tahun 1961, Panglima Gudang, telah menemui Penyelia Pendidikan Daerah pada ketika itu dan beliau menyarankan agar diwujudkan sebuah sekolah di kampung Kuala Teburi. Hasrat Panglima Gudang agar diwujudkan sekolah di kampung Kuala Teburi, tidak sia – sia, apabila pihak Jabatan Pendidikan meluluskan permohonan tersebut dan di atas tanah seluas 5 ekar, impian itu menjadi realiti kepada penduduk kampung. Pada awal tahun 1962, pembinaan bangunan sekolah yang pertama (untuk sebuah kelas), sebuah rumah guru dan padang sekolah, Sekolah ini juga telah melalui pertukaran nama sebanyak tiga kali, misalnya pada tahun 1963, sekolah ini menggunakan nama Natlve Voluntary School ( NVS ), dan ditukarkan kepada Government Primary School ( GPS ) pada tahun 1966 dan setahun kemudian nama sekolah tersebut ditukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku. Bermula dari tahun 1967 sehingga tahun 2005, nama Sekolah Kebangsaan Ulu Tungku dikekalkan. Namun demikian ada desas – desus kedengaran, bahawa nama sekolah ini akan ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Panglima Gudang, sebagai menghargai jasa beliau yang telah berjaya mewujudkan sebuah sekolah Rendah di kampung Kuala Teburi.

bottom of page